8 Sept 2014

Punca Jerawat & Kedudukan Jerawat

Berikut adalah faktor-faktor yg menyebabkan jerawat keluar.Anda boleh mengatasinya sekiranya anda tahu punca jerawat-jerawat anda.



1.Perubahan hormone
Apabila berlaku perubahan hormone seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan,iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormone ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an.Selain drpd itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.

2.Tekanan (Stress) 
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal:
1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi
1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2.Buli
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4.Kerja /study yang banyak

3.Pemakanan
Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,
belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

4.Toksin
Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

5.Faktor Genetic
Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6.Allergic atau alahan
Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat.Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.

7. Perubahan biologi badan
Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)

8.Persekitaran & Pencemaran
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9.Jangkitan pada kulit & Resdung
 Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas. 

10.Faktor Cuaca
Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.

KEDUDUKAN JERAWAT

Sekiranya jerawat berulangkali naik di tempat atau area yg sama,ini menggambarkan area dalaman kita yg tertentu mempunyai masalah,tetapi sekiranya setiap kali ia tumbuh di tempat yg berlainan,itu adalah normal.Tidak semestinya jika kita mempunyai masalah dalaman,jerawat wajib tumbuh di kawasan muka yg tertentu.Ada juga diantara kita ada masalah dalaman tp kulit muka tiada masalah tp lebih baik jika kita tahu apa yg ada d luaran skrg dtgnya dr dalaman supaya kita dpt mengambil berat masalah dalaman tersebut.

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi





DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Sekiranya anda tahu punca jerawat anda, ubatilah punca tersebut supaya jerawat tidak berulang lagi.Hanya faktor perubahan hormon seperti period sahaja anda tidak dapat elakkan dari jerawat keluar tetapi cepat-cepatlah tempek dengan Miracle Mask supaya jerawat tersebut lebih cepat kecut dan membantu menghilangkan parut. Untuk merawat masalah jerawat dan resdung,anda digalakkan amal jamu neem untuk cuci toksin dan darah kotor. Jangan risau jamu neem tidak menyebabkan toksin keluar melalui kulit sebaliknya toksin akan keluar setiap kali anda buang air besar,air kecil,peluh dan period bg perempuan.

20 May 2014

Set Jeragat.. (JM3)


RM 150 - PENGHANTARAN PERCUMA
WHATSAPP 019-317 0487

Set ini terdiri daripada 3 produk iaitu Melasme Free, Sepia 200 dan MerryGold Soap
Remedy biochemic yang dimaksudkan adalah sepia 200. Remedy ini dihasilan daripada remedy garam tisu mineral yang sudah terbukti berkesan merawat jeragat. Sepia 200 dihasil dengan rumusan homeopathy yang begitu selamat sehingga kanak-kanak umur 6 bulan pun boleh mengambilnya tanpa sebarang kesan sampingan
Sepia 30, 200, 1M dan 10M (mengikut pontensi)
Sepia adalah remedy homeopathy yang mengaitkan semua masalah gangguan hormone (hormone imbalance), terutama yang terjadi kepada wanita melepasi umur 40 an yang akan terjadi perubahan di kulit seperti melasma, hyperpigmentation dan blackhead. Ketiga-ketiga masalah tersebut adalah berbentuk jeragat kehitaman atau coklat yang mencacat penampilan muka seseorang wanita.
Selain jeragat Sepia juga boleh membantu meringankan kesakitan sewaktu haid dan symptom menopause, masalah haid, kehilangan libido, rambut menipis dan kemurungan.
Sepia 200 bertugas memembaiki tisu-tisu dan sel -sel kulit yang mati, menyingkirkan kesan jeragat dan bintik-bintik hitam diwajah secara dalaman. Sepia 200 juga sungguh lembut tindakannya tanpa menyebabkan kesan pengelupasan yang akan menipiskan kulit. Selain itu sepia 200 memberi nutrisi yang baik untuk kesihatan kulit. Memperbaiki struktur kulit yang rosak dan mengenerasikan keremajaan kulit.
Melasma Free – Biochemic Untuk Hapus Jeragat (Melasma/Chloasma)
Masalah jeragat sering menganggu penampilan sesorang wanita, namun masalah jeragat jarang-jarang terjadi kepada lelaki. Ini ialah kerana jeragat atau melasma adalah berkaitan masalah hormon, dan boleh dikatakan wanita mengalami masalah ketidakstabilan hormon lebih kerap berbanding lelaki.   Kebanyakkan masalah kesihatan wanita adalah berpunca dari ketidakstabilan hormon seperti jeragat.
Kenapa Biochemic ?
Biochemic atau garam tisu adalah persediaan homeopathy di dalam bentuk mineral inorganic yang menyamai garam mineral yang terdapat di dalam tubuh manusia. Terdapat 12 garam mineral di dalam tubuh manusia, seperti yang telah dibuktikan oleh pengasas perubatan biokimia atau biochemic iaitu Dr Shuessler seorang doktor  Jerman yang mengkaji abu mayat pada akhir tahun 1880 dan mendapati terdapat 12 garam mineral di dalam tubuh manusia.
Pada pendapat Dr Shuessler 12 garam mineral ini amat penting untuk mengimbang aktiviti selular (cellular activity) dan kesihatan pada umumnya. Kekurangan garam mineral ini adalah amat kritikal untuk tubuh mengimbang sistem tubuh dan terjadi ketidakselesaan pada tubuh (dis-ease) . Penemuan ini telah memanfaatkan  jutaan orang dengan mengguna kaedah biochemic pada potensi rendah untuk membantu mempercepatkan penyerapan nutrient, proses ini akan menguatkan dan menambah tenaga kepada tisu-tisu yang hidup. Garam tisu akan memberi sokongan kepada fungsi sel yang lebih cekap mengekalkan tahap kesihatan pada tahap terbaik, menambah baik keadaan fizikal dan emosi.
Garam tisu akan membantu fungsi asas sel-sel termasuk mengimbang kuantiti air, penghadaman, menyahtoksin, elastisiti sel-sel, menambah oksigen, membekal nutrisi dan sodium-postasium pada kadar yang stabil. Kaedah ini telah terbukti berkesan lebih 200 tahun, malah amat selamat untuk bayi baru lahir, ibu mengandung dan dewasa. Melasma Free adalah gabungan beberapa remedi garam tisu yang digelar sebagai “bioplasma”. Bioplasma ini akan membantu mengimbang hormon dan akan menghapus jeragat atau melasma  yang menganggu penampilan anda.
Punca Jeragat (Melasma/Chloasma)
Punca terjadi melasma tidak dapat dikenalpasti sehingga kini, tetapi hasil dari kajian patologi (kajian penyakit), melasma mungkin berpunca dari pengambilan pil perancang, terapi penganti hormon (HRT dan progesterone), ubat penenang, sejarah di dalam keluarga dan  kerap terdedah kepada sinaran matahari. Kebanyakkan kes melasma atau  jeragat adalah berpunca kerana terdedah kepada sinaran uv yang terlalu kerap.
Kerap kali wanita mengandung juga akan mengalami jeragat, ia dipanggil chloasma. Wanita mengandung akan mengalami pertambahan hormon estrogen, progesterone dan melanocyte stimulating hormone (MSH) sewaktu trimester kedua dan ketiga. Begitu juga wanita yang mengambil terapi penganti hormon sewaktu pra dan selepas menopause, di mana hanya hormon estrogen yang menguasai tubuh wanita tersebut.
Jenis-Jenis Melasma
  1. Centrofacial – di dahi, pipi, atas bibir, hidung dan dagu
  2. Malar – bahagian atas pipi
  3. Mandibular – di kawasan tulang rahang
Melasma Free dicadangkan untuk di ambil bersama-sama Sepia 200 secara selang seli, contohnya satu hari ambil Sepia 200 dan hari berikutnya Melasma Free. Kaedah ini akan mempercepatkan proses untuk menghapus melasma atau jeragat.
Cara pengambilan:
2-4 biji dikemam/hisap 3 kali sehari sebelum makan

Sepia 200 dan Melasma Free adalah dua remedi yang diambil serentak atau diselang seli
pengambilannya. Kedua remedi ini berupaya untuk mengimbang dan mengekal kadar hormon kepada tahap yang stabil dan menghapus jeragat tanpa perlu krim, tetapi penggunaan krim bukanlah akan lebih tidak membantu. Krim-krim seperti CARMINO COMPLEXION CREAM akan membantu memberi nutrisi kepada lapisan kulit atas, untuk tambahan krim ini adalah rm40 daripada harga yang tertera di bawah.











Alfalfa tonic R95


RM 100 - PENGHANTARAN PERCUMA
WHATSAPP ONLY 019-317 0487

Alfalfa tonic with Ginseng akan membantu menambah kuantiti darah dengan secara semulajadi dan sering menjadi pilihan kepada individu yang ingin menambah berat badan, malah Alfalfa tonic with Ginseng juga berupaya membantu memulih tenaga kepada pesakit yang baru sembuh dari penyakit yang dideritai dalam jangkamasa yang panjang seperti baru baik dari koma, baru sembuh akibat demam Denggi dan lain-lain.

Berikut ialah indikasi Alfalfa tonic with Ginseng, R95.

Indikasi: Anemia (kurang darah) yang kronik, kepenatan melampau akibat terlalu kuat bekerja, amat sesuai bagi individu yang didalam proses penyembuhan selepas sakit yang lama, membantu menghilang letih-letih selepas demam, kehilangan darah akibat penyakit, surgery atau selepas bersalin. Kanak-kanak yang bantut tumbesaranya dan pada sesiapa yang ingin menambah tenaga secara semulajadi.

Alfalfa tonic with Ginseng juga berupaya mencergaskan minda, menstabilkan emosi dan memberi tenaga kepada pelajar-pelajar yang padat jadual waktunya. Pagi bersekolah biasa, petang bersekolah agama dan malam pula kelas tambahan. Begitu juga pelajar-pelajar di IPTA dan IPTS yang sering mengadu amat keletihan dengan bebanan “assignment”, “presentation” dan bermacam-macam lagi. Alfalfa tonic with Ginseng akan memberi tenaga dengan secara semulajadi dan mengekalkan kecergasan kepada tahap optimum, bila tubuh cergas minda pun akan berfungsi dengan lebih kreatif dan cekap.