Masalah mati pucuk adalah masalah yang amat bersifat peribadi dan sukar untuk diakui oleh kaum lelaki. Masalah ini juga boleh mengugat keamanan rumahtangga. Terdapat beberapa petua dan cara untuk menangani masalah mati pucuk yang boleh kita kongsi bersama di sini.
1. Lada hitam
Ambil 10 gram lada hitam, 5 gram rizom halia (kupas kulitnya), 15 gram biji kucai, 15 gram biji peria (yang kering), dan gula kabung secukupnya.
Rebus kesemua bahan tersebut dalam 300 ml air dan biarkan sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapiskan dan amalkan meminumnya dua kali sehari iaitu 150ml sekali minum.
2. Halia
Ambil rizom halia sebesar ibu jari,kupas kulitnya, basuh dan parut. Hasil parutan halia itu kemudian dicampur dengan air perahan sebiji limau nipis, sebiji telur ayam kampung, 1 sudu teh serbuk kopi, 1 sudu makan madu dan 1 sudu makan kicap. Amalkan memakan ramuan ini seminggu sekali.
3. Lembah rimba @ kelapa puyuh
Daun dan akar Lembah rimba dibasuh bersih, direbus sehingga air tinggal separuh. Setelah sejuk, tapis dan minum air rebusan tersebut.
4. Ara jalar
Ambil buah ara jalar, belah dua dan keringkan. Apabila telah kering, rebus hingga mendidih. Setelah sejuk, tapis dan minum.
Selain itu, anda juga boleh mendapat produk di bawah untuk mengatasi masalah mati pucuk.
No comments:
Post a Comment